Cerita Istimewa

 

Penciptaan

Tiada apa-apa sebelum penciptaan, Allah mencipta segala-galanya.

 

Allah mencipta melaikat. Setengah-setengah daripada malaikat itu memberontak menentang Allah dan menjadi roh-roh jahat. Allah menempatkan roh-roh jahat itu ke-bumi. Syaitan menjadi raja kepada roh-roh jahat itu. Allah mencipta semua benda yang boleh dilihat; binatang, pokok, gunung, sungai, langit, bintang- bintang dan matahari. Penciptaan adalah sempurna.

         

Akhir-nya Allah mencipta manusia, seorang lelaki dan seorang perempuan. Allah mencipta lelaki itu daripada tanah dan mencipta perempuan itu dengan mengeluarkan satu daripada tulang rusuk lelaki itu. Perempuan itu menjadi pembantu untuk lelaki itu.

          Allah menghembuskan nafas yang memberi hidup kepada menusia itu. Mereka berbogel. Allah menempatkan meraka di sebuah taman. Allah sangat berpuas hati dengan penciptaan-Nya, lalu Allah berehat.

          Pada masa itu,  tiada dosa di dalam dunia. Allah memberitahu Adam dan Hawa supaya mempunyai anak cucu yang banyak, tetapi dengan syarat perlu patuh kepada Allah dan tidak boleh makan buah daripada pokok yang terletak di-tengah-tengah taman itu. Manusia di-beri kuasa memerintah semua yang dijadikan-Nya dan disuruh memenuhkan muka bumi.

 

Kejatuhan

Manusia berdosa - tidak mematuhi Allah

Kehidupan lelaki dan perempuan itu sungguh baik di Taman Eden. Mereka tidak perlu bekerja. Tidak mengalami kelaparan, kehausan, kesakitan, tidak memerlu pakaian. Mereka diberi kuasa memerintah semua yang dijadikan-Nya dan semua bintang diberikan nama oleh mereka. Mereka tidak merasa malu. Allah bercakap dengan mereka secara terus-menerus.

          Allah menyuruh mereka jangan makan buah daripada satu pokok yang tertentu. Hawa mendekati pokok yang dilarang makan itu. Ular memanggil dan mencubai Hawa.

“Benarkah Allah berkata?” dan “Kamu tidak akan mati” Ular itu berbohong.

Hawa makan buah pokok itu; kemudian memberikan buah itu kepada Adam, dan mencubainya; Adam pun makan buah itu.

          Mereka sedar bahawa mereka berbogel. Mereka merasa malu. Mereka pun membuat pakaian daripada daun.

          Allah memanggil, “Adam, di manakah engkau?” “Siapa yang memberitahu bahawa engkau berbogel?”

          Allah mengakui kesalahannya. Allah mengusir mereka keluar dari taman. Allah mengutuk mereka: Manusia akan bekerja keras dan berpeluh-peluh, tanah akan menghasilkan semak dan duri. Perempuan akan kesakitan semasa bersalin.

          Allah berbelas kasihan. Allah membuat pakaian daripada kulit bintang untuk mereka. Allah menutup akibat dosa mereka dengan mengorbankan seekor binating. Allah meletakan sebilah pedang berapi supaya tiada seorang pun dapat masuk taman itu. Allah menyuruh mereka bertaburan dan meramaikan penduduk di bumi.

          Adam dan Hawa mendapat anak-anak dan semua anak-anak itu berdosa juga.

 

Kain dan Habel

          Keturunan Adam dan Hawa adalah orang yang berdosa seperti ibu bapa mereka. Anak sulung Adam dan Hawa adalah Kain. Dia menjadi seorang petani. Anak yang kedua mereka, Habel, menjadi seorang gembala domba. Mereka mengamalkan satu jenis agama dengan menggunakan korban.

 

          Kain mempersembahkan sebahagian daripada hasil tuaiannya kepada Allah. Habel, mempersembahkan anak domba sulung kepada Allah.

          Allah menerima persembahan Habel. Allah tidak menerima persembahan Kain.

Habel mempersembahkan korbannya berdasarkan kerpercayaan kepada Allah dan ini melibatkan tumpahan darah.

          Kain merasa amat marah. Allah tanya Kain mengapa dia marah dan beritahu jangan membenarkan dosa menjadi tuannya.

          Kain merasa marah. Dia memujuk Abel pergi ke padangnya lalu membunuh dia.

          Allah bertanyakan Kain, “Di mana Habel, adikmu?” “Haruskah aku menjadi adikku?” “Darah adikmu berseru dari tanah…”

          Allah menghukum Kain kerana dosanya, dan Kain menjadi pengembara di bumi. Allah menunjukkan belas kasihNya. Allah membubuhkan suatu tanda pada Kain supaya sesiapa sahaja yang menjumpa dia tidak akan membunuhnya.

 

Nuh

 

Allah menghukum dosa, menunaikan janjiNya dan menyediakan seorang penyelamat.

 

          Anak- anak Adam dan Hawa terus melakukan berbagai kejahatan yang semakin teruk. Manusia berhenti mengasihi dan mematuhi Allah. Allah merasa kecewa. Allah menyesal kerana sudah menjadikan manusia.

          Terdapat satu orang sehaja yang melakukan kehendak Allah - Nuh.

          Allah suruh Nuh membina sebuah bahtera kerana Allah akan menamatkan hidup semua manusia dengan banjir.

          Nuh dengan bantuan keluarganya bermula membina sebuah bahtera yang besar daripada kayu keras dan tar. Nuh berkhutbah dan memberi amaran kepada semua orang tetapi semua orang mengetawakan Nuh dan mengejekkan Allah.

          Awan berkumpul dan binatang datang berpasangan dan masuk de dalam bahtera bersama dengan Nuh dan keluarganya. Allah menutup pintu bahtera.

 

          Hujan turun selama empat puluh hari dan empat puluh malam. Air makin naik. Semua orang mati lemas kecuali Nuh dan keluarganya. Mereka berada di bahtera lebih dari dua belas bulan. Air kemudian surut dan lumpur di merata-rata tempat.

          Allah membuka pintu bahtera, semua binatang dan keluaga Nuh keluar dari bahtera. Nuh mempersembahkan korban untuk menunjukkan kesyukurannya kepada Allah kerana Allah tidak membinasakan dia dan keluarganya. Allah menempatkan pelangi di langit sebagai tanda perjanjian bahawa Allah tidak lagi akan membinasakan dunia dengan air.

Sodom dan Gomora

Allah benci dosa dan hukum dosa

Sodom dan Gomora  merupakan kota yang amatlah berdosa. Terdapat seorang bernama Lot yang benar di sisi Allah, tinggal bersama dengan isterinya dan dua anak di Sodom. Mereka berdosa, tetapi mereka tidak berkelakuan jahat seperti yang dilakukan oleh penduduk di kota itu.

          Allah membuat keputusan untuk memusnahkan Sodom dan Gomora. Allah tahu Lot adalah seorang yang benar di sisi Allah dan Allah mengasihani Lot.

          Allah menghantarkan dua malaikat supaya memberi amaran kepada Lot agar dia akan meninggalkan kota itu dengan segera. Kota itu akan dimusnahkan. Penduduk kota itu mengepung ke rumah Lot ingin menyerang malaikat-malaikat tersebut. Malaikat-malakat membutakan penduduk kota itu.

          Pada malam itu, Lot, isterinya dan dua anak perempuannya melarikan diri dari kota itu. Malaikat-malaikat menyuruh mereka supaya percaya kepada Allah dan ikut rancangan Allah: Jangan menolek ke belakang.

          Semasa mereka melarikan diri dari kota itu, isteri Lot menolek, lalu dia berubah menjadi sebuah tiang garam. Lot dan anak-anak perempuannya terselamat kerana Allah mengasihani mereka. Allah menghukumkan penduduk kota yang jahat itu.

 

Abraham dan Ishak

Allah mempunyai satu rancangan

Terdapat seorang bernama Abram yang benar di sisi Allah. Allah memilih Abram kerana dia percaya kepada Allah. Abram(Abraham) berkahwin dengan Sarai. Dia tidak mempunyai anak dan dia adalah bapa saudara kepada Lot.

          Allah menyuruh Abram berhijrah dari tempat duduk asalnya kepada satu tempat yang tidak diketahuinya. Abram membawa semua harta bendanya dan meninggalkan tempat duduknya. Disebabkan kepercayaan Abram kepada Allah, Allah buat beberapa perjanjian dengannya; dia akan memilik tanah sendiri, dia akan mempunyai ramai anak dan Allah akan memberkati semua bangsa di bumi melalui keturunan Abram.

          Abram percaya kepada Allah, tetapi dia sudah lanjut usia dan isterinya masih tidak beranak. Sarai sudah lama melampau usia melahirkan anak.

          Pada masa kemusnahan kota Sodom dan Komora, malaikat-malaikat datang berjumpa dangan Abram dan beritahu bahawa dia akan mendapat seorang anak lelaki dalam masa satu tahun. Abram dan Sarai gelak ketawa kerana mereka sudah lanjut usia. Satu tahun kemudian, mereka mendapat seorang anak lelaki yang dinamakan Ishak – ‘Ketawa’ .

          Mereka sangat menyayangi Ishak. Mereka memberikannya pakaian yang indah dan sebagainya.

          Allah menyuruh Abram membawa Ishak dan kayu, untuk menuju ke suatu tempat untuk membunuhkan Ishak sebagai korban kepada Allah. Abram percaya kepada Allah dan melakukan apa yang disuruh oleh Allah. Ishak bertanya, “Di manakah binatang untuk dijadikan korban?” Abram menjawab, “Allah sendiri akan menyediakan binatang itu.”

          Mereka tiba di tempat yang sudah diberitahukan Allah. Abram membina sebuah mazbah dan menyusun kayu di atasnya. Lalu dia mengikat anaknya dan bersedia untuk membunuh anaknya.

          Malaikat Allah berseru kepadanya, “Jangan melukakan anak itu.” Abram nampak seekor domba jantan yang telah disediakan oleh Allah. Allah beritahu Abram bahawa Allah berpuashati dengannya, kerana dia percaya kepadaNya. Begitulah, nama mereka di tukarkan kepada Abraham dan Sara.

          Allah mengingatkan Abraham tentang perjanjianNya (tanah, anak-anak, memberkati bumi.) Ishak menjadi dewasa dan mempunyai ramai anak dan cucu.

 

 

Mesir

Allah menepati janjiNya dan memberkati orang yang percaya kepadaNya

          Keturunan Abraham pindah ke Mesir untuk melarikan diri dari kebuluran. Mereka diberikan tanah  oleh raja pada masa itu. Tanah itu sungguh baik. Mereka hidup di Mesir selama 400 tahun tanpa masalah.

          Allah memberkati mereka dan keturunan mereka mempunyai ramai anak dan menjadi kaya. Mesir mendapat seorang raja baru yang berkata “Keluarga Abraham sudah menjadi sangat besar. Kemungkinan mereka akan menakluki kita.”

          Mereka  dijadikan hamba di bawah pemerintahan raja itu: mereka terpaksa bekerja keras untuk membina sebuah kota dengan batu bata lumpur.

          Walau bagaimanapun, bilangan mereka masih makin bertambah kerana Allah memberkati mereka. Raja itu menindas mereka. Namun begitu, meraka tetap diberkati Allah.

          Tidak lama kemudian, Raja itu bermula  membunuh bayi lelaki. Kehidupan orang pada masa itu bertambah menderita. Di merata-rata tempat kedengaran tangisan dan ratapan orang yang menderita.

          Allah mendengar tangisan keturunan Abraham. Allah tahu penderitaan mereka. Allah menyediakan seorang untuk menyelamatkan keluarga Abraham – bangsa yang dipilihNya kerana Allah mengasihi dan menyayangi mereka.

 

Semak yang menyala

Allah memanggil seorang untuk menyelamat UmatNya

          Terdapat satu keluarga yang percaya kepada Allah dan menyembunyikan bayi lelaki mereka yang dinamakan Musa. Apabila bayi Musa semakin besar, mereka menyembunyikan dia dalam sebuah bakul, lalu membiarkan bakul itu mengapung di Sungai Nil.  Puteri raja
mengambil bakul itu ketika dia bersiram di pinggir sungai dan membesarkan
Musa. Begitulah Musa dibesarkan di rumah raja.

          Apabila Musa sudah dewasa, dia membunuh seorang yang memukul seorang daripada keturunan Abraham – Umat Allah. Musa berasa takut, dia melarikan diri ke padang gurun. Akhirnya Musa menjadi seorang penggembala domba dan kambing. Pada masa itu. Allah sedang membuat persediaan untuk membebaskan keluarga Abraham.

          Semasa Musa sedang menggembala suatu hari, dia nampak suatu semai yang menyala tetapi tidak terbakar.

Musa terdengar suara, “Tanggalkan kasutmu kerana engkau sedang berdiri di tanah yang suci.”  Allah juga berkata kepada Musa  “Engkau perlu pergi ke Mesir dan membebaskan umat Saya.” Kemudian Allah berfiman kepada Musa “aku adalah AKU.”. Allah menunjukkan Diri Sendiri.

 

Musa takut.  Allah menyertai dia dengan mukjizat: tongkat menjadi ular, tangan lepra. Musa berkeyakinan kepada Allah dan kembalikan ke Mesir untuk meminta raja Mesir supaya membebaskan orang Israel.  Raja itu menolak permintaan dia. Musa beritahu umat Allah bahawa dia akan membantu mereka lari ke suatu negeri yang sudah dijanjikanNya kepada Abraham, nenek moyang mereka.

 

Allah sungguh berkuasa.  Allah menghantarkan 10 jenis bencana, membunuh anak lelaki sulung semua orang kecuali anak sulung kepunyaan orang yang menyapukan darah pada kedua-dua batang tiang pintu. Akhirnya, Raja Mesir mendesak orang Israel agar meninggalkan Mesir.  Orang Israel mengikut Musa, penyelamat mereka dan menuju ke padang gurun.

 

Perintah Allah

 

Allah mengharapkan umatNya melakukan kehendakNya

 

Keturunan Abraham meninggalkan Mesir.  Orang Mesir sangatlah marah dan menghantarkan tentera mengejar orang Israel.  Umat Allah adalah ramai.   Mereka senang dikesan di padang gurun.  Mereka terperangkap apabila  sampai ke tepi suatu tasik yang besar! Allah membelahkan air tasik itu kepada dua, lalu mereka melintasi tasik atas tanah yang kering. Tentera Mesir mengejar mereka mengikut jalan kering di tengah tasik.  Kemudian Allah menyebabkan air kembali ke paras biasa dan menenggelamkan mereka.

 

Dalam perjalanan menuju ke tanah yang dijanjikanNya,  Allah membekalkan makanan dan  air di ladang gurun, tetapi orang Israel masih bersungut-sungut.  Musa naik ke atas sebuah gunung untuk berdoa sendiri.  Kehadiran Allah diiringi dengan hujan ribut, bunyi guruh dan kilat.  Segenap orang gementar ketakutan.   Allah memberikan 10 Perintah  kepada Musa:  Pertama, tiada tuhan-tuhan lain selain daripada Allah. Kedua. jangan sembah kepada patung apa pun.  Ketiga: jangan sebut nama-Ku untuk maksud yang jahat.  Keempat: tidak boleh bekerja pada hari ketujuh, kerana hari itu suci.  Kelima: hormatilah ibu bapa kamu.  Keenam: Jangan membunuh.  Ketujuh: jangan berzina.  Kelapan:  jangan mencuri.  Kesembilan: jangan berikan kesaksian palsu tentang orang lain. Kesepuluh: jangan ingini kepunyaan orang lain: rumahnya, isterinya dan segala kepunyaannya.  Allah menulis firman tersebut pada dua buah batu.

 

Musa berada di gunung bagi tempoh beberapa hari.  Orang Israel tidak bersabar dan bermula merasa sangsi dan beranggapan Musa telah mati.  Keturunan Abraham membuat  tuhan yang boleh dinampak.  Mereka menyumbangkan anting-anting emas, wang dan lain-lain untuk membuat sebuah patung lembu jantan dan kemudian menyembahnya.  Mereka  juga melakukan pelbagai kejahatan lain.

 

Musa turun dari gunung dan melihat perbuatan jahat yang dilakukan oleh umat Allah.  Dia naik marah.  Dia membanting batu-batu tulis yang bertulisan perintah Allah itu.

Musa mengambil tindakan supaya orang yang menyembahkan patung lembu itu dibunuh.  Selepas itu, Musa menyediakan batu-batu tulis yang baru dan Allah menulis  semula 10 Perentah yang sama pada batu tulis itu.

 

[Orang dibunuh kerana mereka tidak taat kepada Allah dan tidak setia melakukan segala perintahNya.  Allah berhasrat supaya kita taat dan setia kepadaNya.]

 

Ular Dibuat Daripada Gangsa

 

Allah penuh dengan kasihan dan menyediakan suatu cara untuk menyelamatkan orang yang berdosa. Allah mahu kita mengikut kehendakNya apabila melakukan suatu perbuatan.

 

Dalam perjalanan penghijrahan, umat Allah tidak berhenti merungut-rungut dan tidak  percaya kepada Allah.  Mereka sudah berhampiran tanah yang dijanjikanNya.  Allah menyuruh Musa supaya menghantarkan  orang untuk menyelidiki tanah itu.  Didapati tanah itu amat baik, tetapi berbahaya maka mereka terpaksa  bergantung kepada Allah.

 

Umat Allah enggan memasukkan tanah yang diberikan oleh Allah.  Allah membuat keputusan untuk memusnahkan umatNya, tetapi Musa berseru kepada Allah dan Allah dengar doanya.  Allah menyuruh Musa beritahu umatNya bahawa mereka akan mengembara di ladang gurun selama empat puluh tahun.  Allah berfirman bahawa orang yang enggan masuk tanah yang dijanjikanNya tidak akan masuk tanah itu akhirnya.

 

Apabila mengembara di padang gurun, umat Allah semakin bersungut dan tidak setia dan taat kepada Allah.  Allah menghantarkan ular untuk mengigit  mereka dan ramai orang kena digigit. Musa berdoa kepada Allah lagi dan Allah mendengar doanya.  Allah menyuruh Musa supaya membuat seekor ular daripada gangsa dan memasangkannya pada sebatang tiang.  Sesiapa yang dipatuk ular akan sembuh jika memandang ular gangsa itu.  Mereka akan mati sekiranya tidak membuat demikian.  Musa menunjukkan ular gangsa itu kepada orang Israel.  Orang yang memandang ular gangsa bersembuh.  Ada orang yang enggan berbuat demikian (Ini bukan tradisi agama kami) mati.  Ada orang langsong tidak mempertimbangkan langkah yang baru itu dan akhirnya mati.

 

Selepas itu, keluarga Abraham bertahun-tahunan mengambara di ladang gurun.  Allah mengasihi mereka.  Mereka dibekalkan dengan makanan dan air.  Pakaian dan kasut mereka tidak lusuh.  Lama kelamaan, semua orang yang tidak mahu masuk ke dalam tanah yang dijanjikanNya mati.  Allah membawa umatNya  ke tanah yang dijanjikanNya dan memberikan tanah itu kepada mereka.  Di tanah itu, mereka membina kota-kota dan mendapat makanan daripada hasil tanaman mereka.  Mereka terus hidup lama di tanah itu.

 

 

 

Kelahiran Yesus Kristus

Allah menepati janinya dan menghantarkan seorang budak yang istemewa.

Allah telah menghantarkan ramai nabi yang meramal  bahawa Allah akan menghantar seorang  untuk menyelamatkan umatNya daripada hukuman dosa mereka.

 

Seorang lelaki bernama Yusuf telah bertunang dengan seorang  gadis bernama Maria.  Mereka menduduki di tanah yang dijanjikanNya.

 

Maria, seorang anak dara, mengandung kerana kuasa Roh Allah..  Yusuf tahu Maria telah mengandung dan berhasrat untuk memutuskan pertunangan mereka.  Malaikat Allah menunjukkan diri kepada Yusuf dan berkata: “Semua ini adalah daripada Allah.”  Yusuf berkahwin dengan Maria. tetapi dia tidak ada perhubungan seks dengan Maria sebelum Maria mengandung dan melahirkan anaknya.

 

          Pada masa itu, kerajaan memerintah bahawa semua penduduk supaya balik ke kota asal masing-masing untuk mendaftarkan diri.  Ketika mereka menuju ke Bethelam, masa itu juga merupakan masa hampir bagi  Maria untuk bersalin.  Mereka menumpang di tempat yang memelihara binatang kerana tidak dapat tempat tumpangan lain.  Maria melahirkan Yesus di sekeliling dengan binatang.

Malaikat menunjukkan diri kepada gembala dan berkata “Pada hari ini telah lahir Penyelamat kamu. Allah bersama dengan kamu.”

Gembala pergi untuk menyembah bayi Yesus.

 

Mereka membawa bayi Yesus ke rumah tuhan untuk menyembahkan korban sebagai kesyukuran kepada Allah.  Seorang bernama Simeon yang berusia lanjut berada di Rumah Tuhan setiap hari.  Allah memberitahu dia bahawa dia tidak akan meninggal  dunia sebelum melihat Penyelamat yang dijanjikan oleh Allah.  Ketike Yusuf dan Maria membawa Yesus ke rumah tuhan, Allah beritahu Simeon bahawa bayi Yesus adalah Penyelamat yang dijanjikanNya. Seorang wanita bernama Hana juga berada di situ.  Dia  ingat akan perjanjian Allah bahawa Allah akan menghantarkan seorang Penyelamat.   Hana dan Simeon amat bersukacita,  dengan suara yang kuat dan hati gembira mereka berkata bahawa Penyelamat sudah datang.

Ketika berumur dua belas tahun, Yesus bersama ibu bapanya pergi ke Rumah Tuhan pada suatu perayaan.  Ibu bapanya bercemas hati mencari Yesus apabila didapati Yesus tidak bersama mereka dalam perjalanan pulang sehabis perayaan. Mereka balik ke Jeruselam dan didapati Yesus berada di Rumah Tuhan mendengar ajaran guru-guru agama Yahudi dan merajukan soalan.  Semua orang yang mendengar Yesus menjadi hairan kerana jawapanNya bijak.

 

Pembaptisan Yesus

Yesus bermula tugasNya dengan pembaptisan. Pembaptisan adalah biasa untuk penganut baru.

Allah menghantarkan seorang nabi bernama Yohanes.  Dia adalah abang sepupu kepada Yesus.  Dia mangajar ajaran Allah di padang guruh, bukan di kota.  [Jangan menjadi keliru antara Yohanes dan Yesus]

 

Yohanes menyeru orang supaya bertaubat daripada dosa, mengikuti Allah, dan melakukan apa yang betul.  Dia membaptis orang. Pembaptisan adalah macam menyebabkan seorang menjadi seorang yang baru.  Orang lama itu (dicuci) telah mati dan dikebumikan.  Yohanes meminta orang ramai supaya bekerja dan berpuashati dengan apa yang dimiliki oleh mereka dan selalu melakukan sesuatu yang baik. Orang ramai bertanyakan Yohanes sama ada dia penyelamat yang dijanjikan.  Dia berkata, “Seorang yang aku pun tidak layak menanggal tali kasutNya akan datang selepas saya.”  Dia juga berkata, “Sediakan jalan untuk Allah”

 

Ketika Yesus berumur kira-kira tiga puluh tahun, Dia memulakan pelayananNya di tempat Yohanes sedang berkhutbah.

 

Apabila Yohanes nampak Yesus datang, dia berkata, “Lihatlah Anak Domba Allah yang menghapuskan dosa dunia!”  Yesus masuk dalam air.  Yohanes enggan membaptis Yesus kerana dia tahu Yesus adalah suci. Yesus berkata, “Baptiskan saya untuk menunjukkan apa yang betul”.

 

Yohanes memasukkan Yesus dalam air.

 

Apabila Yesus keluar dari air, mereka terdengarlah suara Allah, “Engkaulah Anak-Ku yang Aku sukai.” Roh Allah seperti burung merpati turun ke atas Yesus.

 

Begitulah Yesus bermula pelayananNya. 

 

[Begitulah kita bermula perjalanan kita bersama dengan Allah.]

 

Selepas kehidupan Yesus di dunia,  seorang daripada pengikut-pengikutNya menemui seorang dari Afrika.  Orang itu membaca kitab Allah tetapi tidak memahami perjanjian –perjanjian Allah.  Pengikut Yesus menerangkan kepadanya.  Orang Afrika itu bertanya, “Saya percaya kepada Yesus.  Adakah  apa sebab yang boleh menghalang saya dibaptis sekarang?”

Pengikut Yesus terus turun ke dalam air dengan orang Afrika itu dan membaptiskan dia.

 

[Yesus menujukkan kepada kita supaya terus membuat apa yang betul.  Apabila kita percaya kepada Yesus, kita dibaptiskan.]

 

Yesus Meneduhkan Angin Ribut

Yesus mempunyai kuasa ke atas dunia semulajadi

 

Selepas Yesus dibaptis, ramai orang datang untuk mendengar khutbahanNya. Yesus menyembuhkan orang ramai dan melakukan lain-lain mukjizat.  Yesus memilih dua belas orang pengikut.  Yesus mengajar mereka.  Pengikut-pengikut mengikut ke mana Yesus pergi.

 

Pada suatu hari, Yesus berkhutab dan menyembuhkan orang ramai sepanjang hari.  Dia berasa sangat letih dan kemudian menaiki sebuah perahu supaya dapat meninggalkan orang ramai yang datang kepadaNya. Yesus tidur di perahu itu.  Dia bertenteraman. Tiba-tiba angin kencang bertiup dan ombak melanda.  Pengikut-pengikut adalah nelayan sebelum mengikut Yesus.  Mereka berpengetahuan tentang perahu-perahu. Angin ribut semakin teruk dan mereka amat  ketakutan.  Mereka membangunkan Yesus dan bertanya:  “Tidakkah guru peduli?  Kita hampir tenggelam!”  Yesus bangun dan berkata, “Mengapakah kamu takut?  Mengapa kamu kurang percaya kepada-Ku?” Jesus berdiri,  menghulurkan tanganNya dan berkata  “Diam.  Tenanglah!”  Angin berhenti meniup. Hujan tidak menurun lagi.  Ombak juga berhenti melanda.  Segala menjadi tenang. Pengikut-pengikutNya bertanya “Siapakah orang ini?  Angin dan ombak pun taat kepadaNya!”

 

Yesus menunjukkan kepada mereka bahawa Dia mempunyai kuasa daripada Allah ke atas dunia semulajadi.  Kemudian mereka menyeberang tasik itu.

 

 

 

 

 

 

Yesus menyembuhkan orang yang dirasuk oleh Roh Jahat

Yesus mempunyai kuasa ke atas kejahilan

Dalam cerita yang lepas,  Yesus dan pengikut-pengikutNya berada di dalam satu perahu.  Yesus meneduhkan angin ribut.  Di seberang Tasik tinggal seorang lelaki.  Dia dirasuhi roh jahat.  Orang yang dirasuhi roh jahat itu suka tinggal di kawasan pekuburan.  Dia tidak berpakaian.  Tiada seorang pun dapat mengikat dia walaupun dengan rantai.  Dia melukai tubuhnya sendiri.  Dia berkeliaran.

 

Apabila Yesus dan pengikut-pengikutNya tiba di seberang Tasik, lelaki itu dengan segera lari mendekati Yesus lalu sujud di hadapanNya.

 

Roh jahat berseru “Hai Yesus, Anak Allah Yang Maha Tinggi!  Apakah yang akan Engkau lakukan terhadap aku?”

 

Yesus bertanya, “Siapa nama mu?”  Roh jahat itu menjawab,  “ Legiun,  kerana kami ini banyak sekali.” 

 

Roh-roh jahat tidak mahu keluar dari tubuh lelaki itu.  Mereka tahu Yesus boleh memusnahkan mereka.  Mereka memohon kepada Yesus supaya menyuruh mereka masuk ke dalam kawanan babi-babi yang berdekatan. Jesus menyuruh roh-roh jahat itu keluar daripada orang itu lalu masuk ke dalam babi-babi itu.  Kesemua babi itu terjun di dalam tasik lalu tenggelam. [ Babi-babi lebih rela mati daripada dirasuk roh-roh jahat] Orang yang dirasuk roh jahat itu sudah berfikiran waras dan berpakaian. Dia memohon kepada Yesus supaya benarkan dia mengikut Yesus.  Sebaliknya Yesus menyuruh dia pulanglah kepada keluarganya.  Dia pergi ke seluruh daerah dan memberitahu apa yang telah dilakukan oleh Yesus untuknya.

 

Orang ramai dari kota mendapat tahu apa yang telah terjadi,  meminta Yesus meninggalkan mereka.  Mereka rasa mereka bersukahati tetapi mereka telah salahfaham.  Yesus dan pengikut-pengikutNya menaiki perahu dan kembali ke seberang tasik.

 

Yesus menyembuh seorang gadis muda

Yesus mempunyai kuasa ke atas kematian

Yesus mengajar dan menyembuh ramai orang.   Mereka yang berjumpa dengan Yesus  mempunyai masalah masing-masing. Pada satu ketika, seorang ketua rumah ibadat datang dan meminta Yesus pergi ke rumahnya untuk menyembuh anak perempuannya.  Anak perempuannya sedang sakit tenat.  Ayah perempuan itu berkata, “Yesus, tolonglah datang dan letakkanlah tanganMu pada anak saya supaya dia akan sembuh.”

 

Yesus mengikuti dia ke rumahnya.  Apabila tiba di rumah, mereka dengar tangisan dan ratapan yang kuat.  Orang ramai berkata “Anak perempuan tuan sudah meninggal.”

 

Yesus berkata, “Jangan takut, percayalah kepada-Ku!  Jangan hilang kepercayaan.  Anak perempuan itu tidak mati, dia hanya tidur!”. Orang ramai yang berkabung itu mula mentertawa.  [Mereka tahu apa kematian itu]

 

Yesus menyuruh mereka semua keluar dari bilik kecuali ibu bapa anak perempuan itu, Petrus/Yakobus/Johanes.

 

Yesus lalu berkata kepada anak perempuan itu, “Anak perempuan, bangun!”  Anak perempuan itu dengan segeranya membuka matanya dan bangun dari katilnya.  Ketika peristiwa itu berlaku, mereka semua sangat kagum.  Yesus menyuruh mereka berikan anak itu makanan.  [Anak perempuan itu bukan  hantu atau zombie]

 

Yesus meninggal rumah itu.  Anak perempuan itu sudah sihat.

 

[Menggalakkan orang berfikir apakah tindakbalas mereka sekirannya keadaan tersebut terjadi apabila menghadiri suatu perkebumian]

 

Yesus memberikan makanan kepada sejumlah besar orang ramai

Hati Yesus penuh belas kasihan kepada orang ramai.

Semakin ramai orang mengikut Yesus.  Mereka ingin mendengar ajaran Yesus.  Mereka ingin disembuhkan oleh Yesus.  Beribu-ribu orang bersama dengan Yesus pada  siang dan malam.

 

Pada suatu hari, Yesus dan pengikut-pengikutNya meninggalkan orang ramai dan bertolak ke satu tempat yang sunyi.  Melebihi 5000 orang mengikut Yesus ke tempat itu.  Pada petang hari itu, semua orang berasa  lapar.  Pengikut-pengikut Yesus berkata.” Suruhlah semua orang ini pergi supaya dapat membeli makanan.”  Yesus berkata, “Di manakah mereka boleh dapat makanan?  Sebaiknya kamu sendiri beri mereka makanan.”    Makanan untuk semua orang adalah sehargai 200 gaji harian.

 

Pengikut-pengikut berkata, “Kami hanya mempunyai lima ketul roti dan dua ekor ikan daripada seorang budak.”  Semua orang disuruh duduk berkelompok-kelompok  Yesus mengambil makanan budak tersebut itu, mengucapkan syukur kepada Allah dan membahagikan roti itu. Yesus meyerahkan makanan itu kepada pengikut-pengikutNya supaya diberikan kepada orang ramai itu.  (Jumlah orang: 10,000 – 15,000).  Selepas setiap orang makan sehingga kenyang,  pengikut-pengikutNya mengumpulkan lebihan makanan. Lebihan makanan sebanyak dua belas buah bakul telah dikumpulkan

 

Oleh sebab kejadian tersebut, semua orang berhasrat Yesus menjadikan raja mereka. Yesus tahu ini bukanlah rancangan Allah.  Dia meninggalkan tempat itu dan  pergi  ke satu tempat yang sunyi bersendirian untuk berdoa.

 

Yesus Menyembuh Seorang Buta

Yesus mempunyai kuasa ke atas penyakit

Yesus pergi ke suatu tempat sembahyang pada hari sembahyang.  Apabila meninggal tempat itu,  Dia nampak seorang buta  meminta sedekah.

 

Pengikut-pengikut Yesus bertanya kepadanya,  “Siapakah yang berdosa sehingga orang ini dilahirkan buta?”

“Orang ini buta bukan kerana dosa siapapun, tetapi supaya kuasa Allah boleh ditunjukkan.”

 

Yesus meludah ke tanah dan meliat tanah dengan ludahNya.  Kemudian Dia menyapukan tanah itu pada mata orang itu.  Yesus menyuruh dia pergi basuh mata. Orang buta itu pergi membasuh matanya dan selepas itu dia dapat melihat. Semua orang yang selalu melihat dia meminta sedekah bertanya,  “Bukankah orang ini buta dan selalu meminta sedekah?”  Beberapa orang berkata, “Bukan, orang ini hanya  mirip dengan dia… MEMANG DIA!”

 

Ketua-ketua iman bertanya kepadanya, “Bagaimanakah kamu dapat melihat sekarang?”

“Yesus menyembuh saya.  Dia adalah nabi.  Dia meliat sedikit tanah,  lalu menyapukannya pada mata saya.  Saya membasuh muka dan saya dapat melihat.”  “Bukan, dia seorang yang berdosa.”  [Mereka takut pada Yesus dan apa sehaja yang baru]  “Sanggup seorang yang berdosa menyembuh seorang lain?”   Mereka semua adalah pemimpin-pemimpin tetapi kamu enggan melihat kebenaran.!”

 

Bekas orang buta itu berkata,  “Allah hanya mendengar permintaan orang yang menghormati Dia dan melakukan kehendakNya.  Sejak permulaan dunia, orang belum pernah mendengar berita tentang seorang yang dapat mencilikkan mata orang yang buta sejak lahir.  Jika orang ini tidak berasal daripada Allah, dia tidak akan dapat melakukan apa-apa.”

 

Apabila Yesus menjumpai dia, Yesus berkata kepadanya, “Adakah kamu percaya kepada Anak Allah?”

 

“Siapakah Dia?  Tolong beritahu supaya saya boleh percaya kepada-Nya.”  Orang buta itu berkata.

 

“Dia adalah yang anda nampak, bercakap pada anda.”  Yesus berkata.

 

“Saya percaya.”  Orang buta itu menjawab.

 

Perjamuan Tuhan

Yesus menujukkan teladan seorang pemimpin yang baik dan menunjuk kita bagaimana untuk mengingatiNya.

 

Yesus berada di Yerusalem dan telah mengajar sehingga ketua imam dan pemimpin masyarakat Yahudi marah padaNya.  Ketua-ketua imam bersedia untuk menangkap Yesus. Yesus megumpulkan pengikut-pengikutNya untuk bermakan dan mengajar.  KerjaNya sudahpun hampir selesai.

 

Yesus memberitahu mereka ini adalah makan malam mereka bersamaNya yang terakhir.  Yesus berdiri,  menanggalkan jubahNya lalu mengikat sehelai tuala pada pinggangNya. Yesus memberitahu pengikut-pengikutNya, “Kamu wajib saling membasuh kaki.”  Pengikut-pengikutNya teragak-agak, namun Yesus terus hendak membasuh kaki mereka.  Yesus berkata, “Ini adalah teladan untuk kamu, pemimpin harus menjadi pengikut.”

 

Yesus juga mengingati mereka supaya mematuhi arahanNya.  Selepas ini, Yesus mengenalpasti Yudas sebagai pengkhianat.  Yudas keluar untuk mengkhianati Yesus.

 

Yesus  mengambil roti dan mengucap syukur, lalu membahagikan roti itu.  Kemudian Dia memberikan roti kepada pengikut-pengikutNya sambil berkata, “Ambillah roti ini dan makanlah, inilah tubuhKu.  Berbuatlah demikian untuk mengenangi Aku.”

 

Begitu juga selepas makan Dia memberikan cawan wain kepada mereka sambil berkata, “Cawan wain ini adalah perjanjian Allah yang baru,  yang disahkan dengan darah-Ku, darah yang dicurahkan untuk kamu. Berbuatlah demikian untuk mengenangi Aku”  Selepas ini, Yesus berbual dengan pengikut-pengikutNya dan keluar berdoa di luar kota.

 

 

 

Penankapan dan Penyaliban Yesus

Yesus memberikan nyawaNya Kepada kita

 

Selepas perjamuan Tuhan, Yesus dan pengikut-pengikutNya pergi ke luar kota untuk berdoa.

 

Sewaktu Yesus berdoa, Yudas telah membawa askar-askar untuk menangkapNya.  Askar-askar itu membawa Yesus berdepan dengan Majlis Agama.  Askar-askar itu memukul Yesus dan cuba memaksaNya mengku bersalah (satu penipuan) Yesus enggan dan Majlis Agama membawaNya berjumpa dengan Raja.

 

Raja itu berkata “Aku tidak mendapati kesalahan apa-apa pun sehingga orang ini patut dihukum.”  Para ketua imam berkata “ Bunuh dia (Yesus)”

 

Raja itu mencampuk Yesus sebanyak 39 kali.  Tetapi para ketua imam masih mahu membunuhNya.  Askar-askar memukul dan menghina Yesus.  Akhirnya Raja itu bersetuju untuk membunuh Yesus.

 

Askar-askar itu membawa Yesus ke luar kota dan menyalibkanNya.  Akar-askar itu memasukkan paku yang besar ke dalam tangan dan kaki Yesus dan meletakkan duri-duri di atas kepalaNya.  Mereka menegakkan salib itu.  Yesus mengalami kesakitan yang amat teruk dan tidak dapat bernafas dengan baik.  Askar-askar itu menawarkan wain kepada Yesus tetapi Yesus menolak.

 

Yesus berkata, “Sudah selesai!” Lalunya dia mati.

 

Yesus menampung hukuman itu untuk dosa-dosa seluruh dunia.  Seorang yang tak berdosa telah dibunuh untuk setiap manusia yang berdosa.

 

Allah berjanji seluruh dunia boleh menjadi pengikut-pengikutNya melalui satu orang.  Apabila Yesus mati, hari telah menjadi gelap pada tengah hari.  Seorang ketua askar menusuk rusuk Yesus dengan tompak untuk memastikanNya telah mati.

 

Kebangkitan Yesus

Yesus mempunyai kuasa ke atas kematianNya sendiri.

Pengikut-pengikut Yesus pergi ke tempat Yesus disalibkan dan mengambil jenazahNya.  Mereka meletakkanNya di dalam sebuah kubur baru yang belum digunakan.  Askar-askar meletakkan satu batu yang besar di lubang kubur itu dan berjaga di situ.  Pengikut-pengikut Yesus tidak dapat menyediakan jenazah Yesus untuk disemadikan kerana hari sabat telah hampir.

 

Tiga hari kemudian, beberapa orang wanita telah datang untuk menyediakan jenzah Yesus untuk disemadikan.  Apabila mereka tiba di kubur itu, mereka mendapati askar-askar itu telah menghilang diri dan batu penutup sudah digulingkan dari lubang kubur itu.

Di dalam kubur itu mereka menjumpai dua malaikat.   “Mengapakah kamu mencari orang hidup antara orang mati?  Dia tidak ada di sini.  Dia sudah bangkit!”  Yesus  hidup semula kerana Dia mempunyai kuasa ke atas kematianNya sendiri.

 

Wanita-wanita yang melihat kedua-dua malaikat itu berlari ke kota di mana pengikut-pengikut Yesus berkumpul.  Pengikut-pengikut Yesus pergi ke kubur Yesus dan mendapati Yesus sudah bangkit dari mati.

 

Selepas itu, Yesus muncul di hadapan pengikut-pengikutNya, mengajar mereka dan bermakan bersama mereka.  Sebanyak 500 orang menyaksikan kebangkitan Yesus. Yesus mengingatkan pengikut-pengikutNya supaya menyebarkan kepada semua orang di seluruh dunia tentang perjanjian Allah yang telah dibuat kepada Abraham.

 

Pada suatu hari, Yesus meninggalkan pengikut-pengikutNya dan kembali ke syurga.  Pengikut-pengikutNya telah menyebarkan  hal-hal tentang Yesus kepada seluruh dunia, memberitahu orang ramai bagaimana untuk memuliakan Allah.

 

DIA  menunggu

 

Yesus masih hidup dan manusia boleh mengagungkan Allah melalui Yesus.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kawan-kawan yang disayangi,

 

            Selepas membaca kisah Yesus, anda mungkin tertanya-tanya akan soalan-soalan seperti, “Apakah itu seorang kristian? Bagaimanakah saya tahu bahawa saya telah ‘diselamatkan’?  Apakah yang akan berlaku pada saya jikalau saya tidak menerima Yesus?  Adakah yang semudah ‘percaya’ sahaja?”

 

          Fahamilah bahawa Allah yang mencipta dan menjaga anda.  TanpaNya anda tidak mempunyai apa-apa.  Akulah kepada diri anda dan Allah bahawa anda adalah seorang yang berdosa.  Akibat dosa anda adalah kematian fizikal dan rohani kerana kemarahan Allah terhadap anda.  Akulah dosa-dosa anda kepada Allah dan percayalah bahawa Yesus mati kursus untuk anda dan Yesus telah menampung segala dosa anda.  Yesus juga telah menggantikan anda  menampung penderitaan hukuman Tuhan ke atas anda.  Ini bererti Allah telahpun memaafkan dosa-dosa anda dan di mata Allah, anda telah diterima oleh Allah sebagai orang yang sudah berbaik semula denganNya.   Percayalah bahawa Yesus telah bangkit dari kematian dan telah menewaskan dosa dan kematian, dan Yesus telah kembali kepada Allah di syurga dan bertakhta sebagai Raja.  Ini bermakna Yesus masih hidup hari ini dan ingin membantu anda menjalani kehidupan yang baru yang dapat mengembirakan hati Allah.

 

            Adalah anda ingin menerima Yesus sebagai Penyelamat anda dari dosa-dosa anda dan menjadikan sebagai Raja atas kehidupan anda?  Jika jawapan anda adalah ‘ya’, silalah  mengikut doa seperti berikut:

 

            “O Allah, saya memahami bahawa saya telah berdosa.  Saya berterima kasih kepada Anda kerana menghantar Yesus supaya membayar untuk dosa-dosa dan kesalahan saya.  Saya berterima kasih kepada Anda kerana menghidupkanNya dari kematian dan memberikanNya kuasa ke atas kehidupan saya.  Saya menerimaNya sebagai Raja dan Penyelamat saya.  Saya menerima hadiah percuma iaitu nyawa abadi dalam Yesus. Saya akan menjauhi diri daripada kehidupan yang berdosa dan berkhidmat untuk anda, Pencipta dan Penebus nyawa saya.”

 

            Percayalah bahawa selepas menerima Yesus ke dalam hidup anda, anda telah dimeteraikan dengan Roh Allah dan disetemkan dengan nama Allah.  Terdapat langkah-langkah yang lain yang akan membantu anda mengenali Allah dengan lebih mendalam dan mempercayai kepadaNya selama hayat anda.  Pertama,  akuilah Yesus di depan orang.  Kedua, menjadi saksi kepada orang-orang lain dengan memberitahu mereka perubahan-perubahan yang istimewa dan ajaib yang dialami oleh anda dalam kehidupan anda.  Ketiga,  menyerahkan diri anda untuk menggembirakan Allah dengan mematuhi dan mempercayaNya dalam semua aspek kehidupan anda.  Sekiranya anda telah membuat keputusan untuk mengikuti Yesus hari ini, sila menekan kotak di bawah supaya kami boleh bergembira bersama anda dan bersyukur kepada Allah kerana anda telah membuat keputusan yang begitu penting.  Kotak

 

                    

Balik ke muka permulaan